2nd Review : Online Shopping di Nile

10/17/2015 12:44:00 PM

Seperti yang saya mention last entry, ni saya buat 2nd review pasal online shop kat Nile.
Pembelian first tu termasuk sekali dengan 2 barang yang saya nak review ni.

Saya target purse dan pencil box.

Since start belajar e-pjj kat Uitm Shah Alam dari 2011, pencil box masih yang itu juga. Saya beli handmade yang dibuat oleh Mybotang. Sangat bertahan sampai saya rasa sendiri nak bertukar warna kulit dan bau. Haha alasan. Pencil box tu dah pun saya cuci bersih nak passing pada si kecik Zafar. Next year menginjak umur 6 tahun, dia dah boleh pakai untuk pra-sekolah.

Mind set nak cari purse, kalau boleh nak tahan lama. Jenuh gak belek pic purse kat Nile, mana pic yang Nile bagi saya akan besarkan, zoom sehabis-habis nak tengok kualiti. haha..jimat satu hal..kualiti pun kalau boleh nak yang tahan lama. Paling kurang setahun dua. Baru puas hati.

Saya interested dengan dua tiga jenis tapi last-last landing mata pada yang ni. Yup..sangat colourful.

CIN04875 Mixed Color Purse/ Wallet
Saya pilih Dark Blue. Masa entry ni ditulis, saya survey sekejap website Nile tapi colour Dark Blue dah habis. Kena rajin tengok Nile restock item.

Ni yang saya dapat.



Harga RM 16.90, Pricing sebenar RM 30.74 (jimat 45%)

Bab jimat menjimat ni memang saya suka :)

Kaler nampak macam hitam tapi sebenarnya nice je dark blue dia. Amik pic tak de filter by 360 pun cuma maybe sebab lightning opis. Haha.

Overall, puas hati sebab yakin purse ni akan tahan lama. Tegap dan jahitan kemas. Nak masuk phone pun boleh. Masa purse sampai sekali ngan blouse yang saya beli kat entry sebelum ni macam boleh matching-matching coz kaler lebih kurang jer haha. Tetiba pandai Mix and Match.

link product : Mixed Color Purse/ Wallet

Lagi satu saya usya pencil box, dapat yang ni. Ada banyak kaler tapi since murah agaknya, stok yang tinggal cuma kaler light blue. Pape pun tetap nampak comel.

Dan sebab murah dan dah zoom habis-habisan nak tengok mutu dia, saya on beli.

Pic actual tak amik sebab dah selamat masuk dalam beg sekolah dan dah pakai pun cuma yang slack sikit, masa terima delivery pencil box ni dalam kotak plastic. Kotak tu punya la berhabuk teruk, gigih saya bersihkan. Tapi kualiti bagus.

CIB88806 Make Up Bag/ Stationary bag

Harga RM 10.70, Pricing sebenar RM 15.90 (jimat 32%)

link product : Make Up Bag / Stationary Bag

P/S : review tak berbayar tapi saya suka share sebab as a customer, saya pun nervous nak beli online.

Lepas ni target nak beli barang-barang Creative lifestyle le pulak. Comel gak produk household. Yummy


You Might Also Like

1 mesej