Powered by Blogger.

Pages

  • Home

Advertisement

facebook linkedin twitter youtube

Inspirasi Sha

    • Home
    • Review
    • Travel
    • Popular

    Alang-alang saya dah update entry 1st selepas lama menyepi.
    saya update sekali usaha nak ke arah lebih baik.

    siapa yang dah lama pakai handsock?
    mesti ramai kan?

    Saya baru nak berjinak-jinak.
    Jangan gelakkan saya ya.
    yer memang betul baru nak berjinak. Sekitar 2015, kaki yang biasa terbuka, saya nekadkan untuk bertutup dengan stokin. Mula-mula payah sangat..gatal-gatal la, pernah stokin saya pakai tu bila hilang sebelah, terasa seksa sangat nak geledah rumah demi mencarinya.
    Lama-lama..eh saya dah biasa, kalau tak jumpa sekalipun pasangannya..saya pakai jer warna seakan-akan. bukan orang sedar pun. Islam sendiri menegaskan yang agama Islam memudahkan dan bukannya memberatkan.

    kita aje yang memberatkan. Kira benda ni lebih kurang macam..

    "saya nak bersenam la tapi eh tunggu la..nak beli dulu sport attire yang best baru ade semangat"

    "saya nak diet la tapi eh tunggu la..saya beli dulu mangkuk comel supaya dapat isi nasi kuantiti sikit dan yang penting nampak comel jer presentation ..baru best makan"

    Kan?

    Handsock ni serius bagi saya sangat memeningkan mula-mula.
    masa tu kaki dah senang bersarung stokin, tudung labuh pun dah lebih 10 helai.
    Alhamdulillah..dah istiqamah untuk berubah dari bertutup biasa ke lebih sikit dari biasa.

    Saya pernah cuba bersalin kulit dengan memakai handsock suami belikan. Masa tu saya di hospital menunggu bukaan cm dan suami tak happy bila tangan terdedah sikit sekitar pergelangan tangan. Dia belikan jenis elastic. Ya ampun...memang tak jalan.

    saya bencikannya dan saya rasa gatal-gatal. Allah...kenapa la degil sangat saya ni ya?

    Imran 7 bulan.
    Saya ke GM Klang dengan officemate. Dia mencari tudung. mata saya ikut melilau dan ternampak handsock pelbagai fashion.

    Saya mencari handsock yang simple, t-shirt based, dan panjangnya tak terlalu panjang.
    Saya newbie.
    saya jenis yang simple. cukup sekadar mencari yang simple je.

    Berjumpa.
    RM5 sepasang.

    "ok boleh la ni"

    Dan Alhamdulillah..saya rasa senang rupanya memakai handsock dan Dia terbitkan rasa secure saya bila saya memakai handsock. Seronok rupanya. saya selesa bila handsock itu x berenda dan  x elastic kainnya.

    Bagi yang rasa leceh. cuba cari handsock jenis t-shirt kainnya dan pendek2 je.
    Kitakan newbie.

    Buat permulaan.

    Semoga kita maintain dan terus istiqamah.



    Pic from Stokin Silvy

    Continue Reading
    Assalamualaikum

    Hampir mengakhiri 2018.
    saya baru gigih nak update blog. LOL.

    Opis huru-hara hari ni. semuanya nak update Whatsapp dengan app sticker.

    Kalau ada yang belum tahu meh saya ajar ya.Pergi ke setting > help > FAQ > Android / iphone > Download Now > install > Run > Open.Senangkan? Download la seberapa banyak yang korang mahukan.

    Lebih dari itu. Sila jenguk FB Fina Fazli.

    Banyak year end sales untuk pencinta baju Muslimah.Yang gemarkan T-shirt lawa dari kebiasaan.Santai dari baju blouse tapi masih menampakkan kita anggun dan comel. sesuai sangat cuba. Kebanyakan dari koleksi Humaira Design.



    Lama dah tak menaip disini. Ainul Mardhiah dah beradik pun.
    Imran 8 bulan dah.

    Continue Reading
    Baru siap sikit-sikit godek page yang baru bersalin kulit tapi tak bape sure nape ade pic corrupted. Kena godek lagi ni.

    Dah ade anak perempuan ni harus la belikan dia dress yang cecomel :)
    terserlah kecomelan walaupun dia lasak macam abangnya.

    Scroll FB mencari dress untuk dibuat Raya hari tu.
    Terlupa Wanie Handmade ade buat set dress yang comel dengan harga yang munasabah berbanding yang dijual di Shopping Mall.

    Terus contact Wanie.
    Dia inform dress akan dapat lambat sebab terlalu ramai yang tempah.
    Sedikit kecewa tapi saya tetap teruskan juga menempah.
    Teringin nak rasa hasil tangan Wanie.

    Lately, memang banyak seller yang gunakan whatsapp untuk update customer.
    Wanie pun masukkan saya juga dalam listing.
    Dia listkan siap-siap kain print yang available dan 3 jenis design yang kita nak.

    Saya pilih ade ropol dibahu dan ambil sekali terus pakej combo.
    Bayar dulu duit deposit RM 20 dan selebihnya RM 57 Wanie minta setelah selesai tempahan dibuat.

    Tadaaa.
    Dah siap.
    Puas hati dengan kekemasan jahitan Wanie.



    Nomey kan?

    Jika interested dah ade no. phone dia kat pic.
    atau lawat FB Wanie.



    Salam Kasih,

    Continue Reading

    Zafar tak sihat, sakit kepala dan demam.

    Kesiankan dia, balik dari klinik, menyinggah pula Daiso Aeon Bukit Tinggi.
    Belikan selipar Jepun dan mainan wannabe-playdoh kegemaran dia. Masuk ni kali ke 5 atau 6 ulang membeli benda sama -____________-

    Lalu Boat Noodle, waktu lebih kurang 10 pagi. Kedai tak besar sangat tapi siap ade tempat baris means femes la tu. Sebab awal pagi customer cuma sepasang dua couple.
    Tetiba teringat Sangkaya yang super delicious. Rasa nak repeat :)

    Setel order Sangkaya, belek-belek menu.
    Zafar sibuk dengan playdoh wannabe dia.

    Ni yang baru dari Boat Noodle dari last visit sy entry lepas 




    Time Sangkaya sampai masih panas berkepuk-kepuk, cicah pulak dengan sos.
    perghhhhhhh................................nikmat.


    Saya order Coconut Blend tapi pic tak disertakan sekali sebab hp low tetiba.
    Rasa ok, terasa minum dalam original kelapa. Tak creamy.

    Alhamdulillah tekak mual ni boleh terima, inshaAllah repeat lagi Sangkaya.nanti hehe.


    Iklan Preloved :-

    Ada yang minat Preloved Blue Grey Zafar.
    Pic lebih kurang seperti ni dan condition 10/10.
    Zafar dah tak muat.
    Boleh comment jika interested ya.

    Salam Kasih,
    Continue Reading
     
    Setahun sudah berlalu...kulit blog pun bertukar..masih belum godek baiki mana yang perlu :)

    Entry terakhir tentang preloved wooden baby cot, insyaAllah jika jumpa lagi penjimatan yang bagus. Saya share ya. Jangan lupa check sekali-sekala check web Mudah, mana tau jumpa yang dicari.

    Ainul pun dah hampir berusia setahun 6 bulan. How time fly so fast, tak sempat nak gapai lama, dia dah membesar, dah pandai nyanyi lagu Didi & Friends..terkekek ketawa dan mulutnya kecoh!
    cuma dia je yang tau butir percakapan sendiri.



    Tahun ni dapat la gayakan Ainul dengan Baju Kurung moden, beli di SACC Mall.
    Baju tu yang syoknya boleh gayakan juga dengan seluar jeans atau khakis untuk raya kedua atau ketiga atau pun untuk hari-hari jenjalan jadi tak la membazir kan.


    Dan dia bakal dapat adik baru hehe.


    Continue Reading
    Melihatkan entry saya Baby Cot preloved wood mencangak-cangak rating naik
     
    Saya nak tolong sesapa yang nakkan cute mute Babycot yg sy nampak add ni kat Mudah
     
    RM 150
     
     
     
     
    Comel sangat. Baru iklankan semalam.
     
    Boleh usya kat sini
     
    Nak cepat terus contact Suzudin Enterprise 018-9052458
     
    Location : Klang
     
    Harap item masih available.
     
    Sekadar membantu :)
     
    Salam Kasih,
     
     
    Continue Reading
    Selamat Hari Raya :)
     
    Banyak juga entry tertunggak yang saya patut tulis haha.
     
    Isu Pedofil sangat menakutkan saya, justeru selepas ni saya akan lebih berhati-hati daripada memaparkan pic anak2 di laman blog ataupun facebook. 
     
    Semalam half day, gigih temankan adik bongsu perempuan ke interview. Baru setel graduate Uitm. Selesai urusan, kami round dulu sebelum decide nak alas perut hihi..Saya tetiba suggest Klang Parade (kebetulan interview tak jauh dari situ)
     
    Dan apa yang ada di situ ya? lama saya tak ke sana, dekat 5 tahun juga. Tetiba teringat review food junkie kawan-kawan dan juga blog read tak lama dulu pasal BOAT NOODLE. Dorang ni makan kat Klang Parade. Menarik juga.
     
    Yup! Selak waze terus ke sana, sempat pilih waze instructor voice Yuna. Adik saya cakap comel cara Yuna bagi instruction tapi bagi saya agak serabut juga dengan "turn left" bernada-nada. Hurm.
     
    Kalau ikut review, Boat Noodle kat Klang Parade tak la sesesak mana kalau nak dibandingkan kat tempat lain.
     
    Kami sampai sana. Meja kosong cuma ada satu dua. Dan jarak meja sangat la dekat. OK cemana nak makan kalau dah dekat sangat dengan orang sebelah menyebelah?. Meja pulak comel macam meja makan kat kantin sekolah cuma colourful. Kerana memikirkan nak test so kami gagah juga duduk tapi ok jer orang sebelah menyebelah, belah kiri satu group siap selfie-selfie, yang belah kanan plak dua orang perempuan sibuk bercerita hal masing-masing.
     
    Tak amik pula pic menu sebab boleh jer korang google, ramai yang dah upload menu Boat Noodle ni. Menu famous ini la..Patumthani Beef/Chicken Thai Rice Noodle dan Ayutthaya Beef/Chicken Thai Rice Noodle. Keempat-empat jenis mee ni masing-masing berharga RM1.90 semangkuk. Lepas GST harga RM2.02.
     
    Rice Noodle lagi best dari egg noodle, well itu apa yang saya baca dari review-review blog dan dari mulut member-member. Kebetulan egg noodle takde so kami teruskan pilih Pathumtani Beef ngan Ayutthaya Beef Rice Noodle. Ingat nak buat two view review tapi tak kisah juga sebab Rice Noodle ada. :)
     
     
     
    Dah sampai.
     

     
    Pic atas ni adik saya.
    Pathumtani Beef lebih sedap dari Ayutthaya Beef tapi adik saya pula suka Ayutthaya.
    Cuma nak kata Pegh Nikmatnya tu macam kurang sesuai sebab tak de la wow factor sangat. Rice Noodle sedap dap dap cuma sos kuah dia bagi saya kureng.
     
    Yang air tu memang saya order spesifik Green Tea sebab baca review sedap sangat. Bagi saya sedap memang sedap, terasa berlemak Green Tea tu cuma ada la rasa pekat sikit rasa green tea. Adik saya suka berabis. Maybe unik air Green Tea ni sebab kebiasaannya memang air green tea kat tempat lain sekadar rasa krim tapi green tea tu tak pekat.
     
    Tapi saya suka krim lagi T__T
     
    Dan saja suka-suka..saya order sekali Meatball Beef. Pic tak ambik, meatball dicucuk macam makan satay. Sedap juga cuma tak de la rasa best luar biasa. Hakikatnya biasa-biasa sahaja.
     
    Kami cukup order 2 mangkuk sorang sekadar untuk rasa. Takde plak teringin nak bermangkuk2 macam orang lain.
     
    Last sekali. Kami order dessert sebab saya ada baca review tentang Sangkaya yang sedap marbeles. Harus la try.
     
    Sabar menanti dessert yang lama betul disiapkan, rupanya dorang buat fresh.
     
     
     
     Dah sampai. Jyeah!!
     
    Ok kalau nak kata Pergh Nikmatnya..serius yang ni memang berbaloi-baloi
     
    RM6.90 kalau tak silap.
     
    Roti dihidang panas, cicah pula dengan cairan Sangkaya..memang melt. Bau pandan wangi jer. Yumm
     
    Kalau saya ke Boat Noodle lagi rasanya hanya akan datang atas sebab Sangkaya jer kot haha.
     
    p/s : strongly suggest makan kat kedai Burger Warisan, burger sedap, meatball grill ngan lambchop pun sodap.
     
    updated :
     
     
     
    Saya bawak balik bekas minuman Green Tea sebab cup tu tebal macam botol air, rugi sesangat kalau tak bawak balik. RM 8.90 tu harga air.
     
    Selama ni kalau beli teh ais, bila sampai opis kena la pula cari mangkuk atau tuang sikit-sikit ke mug tapi bila dah ade cup Boat Noodle ni dah mudah keje nak minum.
     
    Slurp!
     
    Salam Kasih,
     
    Continue Reading
    Older
    Stories

    About me


    Selangor based peep.

    Ummi.Wife.Worker.E-Pjj Student.Blogger



    For review write up request, pls drop me email :

    inspirasi.sha@gmail.com

    Blog Walking

    Shoutbox: Free shoutbox for website or blog
    Shoutbox Tutorials: How to get a shoutbox
    Guestbook: Get a free guestbook for your website
    YouTuber Jessica Clements: Ngai Chun Cheung about his crush on Jessica Clements
    Model Jessica Clements: Ngai Chun Cheung is reasoning Jessica Clements
    Jessica Clements: Ngai Chun Cheung is dissecting his obsession with Jessica Clements
    Thousand Origami Cranes: Leaving a trail of thousand origami cranes by Ngai Chun Cheung
    Ngai Chun Cheung

    Thanks for stopping by :)

    Blog Archive

    Labels

    My Life My Story Review Myself Order Online Shop Ainul GA Jalan2 Maternity talk Family I Like Babycot Girls. Mini Deko Cushion My Study Preloved Babies Baby Boat Noodle Breastfeed Breastpump Button Cute Da House Deko Felt Craft Foodie Gift Kids Newborn Nile Nursing Opening Promo Project School Share it Shaz Clozet Sisters Study Note Tips Welcome Note big tote bag e-book scrap book

    I ♥ Reading

    • Computer Tips & Tricks
      Tips For Charity Data Management
      1 year ago
    • Fabric Fanatics
      2609 True Colors Thistle Hexy [Tula Pink]
      4 years ago
    • Pink Penguin
      Printable holiday messages
      5 years ago
    • AcuRose Lil Art
      metode sunat untuk fimosis Bersertifikat Nasional
      5 years ago
    • Cik Epal
      Yayyy! Instagram Cik Epal dah verified!
      5 years ago
    • My Day in Life...
      Telekung Little Maryam
      6 years ago
    • :: verypurpleperson ::
      Lingerie Sewing Club – Guest posting at Studio Costura
      7 years ago
    • Cerita Umm....Chak
      Short Break ke Teluk Senangin Lumut Feb 2018
      7 years ago
    • Handmade Delight
      Cute Cosmetic Mirrors !
      7 years ago
    • .LoveTheButtons.
      Felt keychain with name
      8 years ago
    • Erinrizz
      8 years ago
    • ..all about her preps to become a bride..
      Bila nak kena hadap tol
      9 years ago
    • CraftyBuddy
      JLC079 Matryoshka Doll (Japanese Linen Cotton)
      9 years ago
    • MyBotang Crafty Corner
      My teaching anecdotes
      9 years ago
    • Sweet Decor
      9 years ago
    • Nabil Aizat bin Abdul Rahman
      Cakes and Cookies by Bang Beyl's
      9 years ago
    • MIRA FILZAH
      #MYCYBERSALE 2015
      9 years ago
    • Hanis Zalikha
      Pasal Toujours Advanced Collagen Shots
      10 years ago
    • Bowles Blog
      Halloween 2014
      10 years ago
    • My CrazyArtZone
      Maxi Skirt Putih
      10 years ago
    • Realms of Constant Change
      Because life is.....
      10 years ago
    • Checkout Girl
      For the Girl
      10 years ago
    • Feltralicious
      Wow..it has been awhile..Meet my amigurumi dolls..
      11 years ago
    • IKEA Hackers
      Ikea Shelving to Built in Bookcases
      11 years ago
    • MyBotanG Shoppe
      Stamp KIT
      12 years ago
    • dari oven yang comel
      From ovencomel...
      12 years ago
    • FABRIC BUFFET
      FABRICMANIA OF JUNE : Cotton
      13 years ago
    • Buttons4Crafts@On9Shoppe
      Mix Shape Tiny Buttons Type A (50pcs) RM6.00
      13 years ago
    • Namee Roslan
      Untuk Orang Yang Nak Kahwin
      14 years ago
    • DIY BAG LOVER
      Share some loves....
      16 years ago
    • The Purl Bee

    Popular Posts

    • Review : Boat Noodle Aeon Bukit Tinggi
    • Review : Barang Baby di GM Klang, Manjaku Comel & Casabonda Store

    Most Popular

    • Review : Boat Noodle Aeon Bukit Tinggi
    • Review : Barang Baby di GM Klang, Manjaku Comel & Casabonda Store
    facebook Twitter instagram pinterest bloglovin google plus tumblr

    Created with by BeautyTemplates | Distributed By Gooyaabi Templates

    Back to top