Handsock newbie

11/09/2018 12:13:00 PM


Alang-alang saya dah update entry 1st selepas lama menyepi.
saya update sekali usaha nak ke arah lebih baik.

siapa yang dah lama pakai handsock?
mesti ramai kan?

Saya baru nak berjinak-jinak.
Jangan gelakkan saya ya.
yer memang betul baru nak berjinak. Sekitar 2015, kaki yang biasa terbuka, saya nekadkan untuk bertutup dengan stokin. Mula-mula payah sangat..gatal-gatal la, pernah stokin saya pakai tu bila hilang sebelah, terasa seksa sangat nak geledah rumah demi mencarinya.
Lama-lama..eh saya dah biasa, kalau tak jumpa sekalipun pasangannya..saya pakai jer warna seakan-akan. bukan orang sedar pun. Islam sendiri menegaskan yang agama Islam memudahkan dan bukannya memberatkan.

kita aje yang memberatkan. Kira benda ni lebih kurang macam..

"saya nak bersenam la tapi eh tunggu la..nak beli dulu sport attire yang best baru ade semangat"

"saya nak diet la tapi eh tunggu la..saya beli dulu mangkuk comel supaya dapat isi nasi kuantiti sikit dan yang penting nampak comel jer presentation ..baru best makan"

Kan?

Handsock ni serius bagi saya sangat memeningkan mula-mula.
masa tu kaki dah senang bersarung stokin, tudung labuh pun dah lebih 10 helai.
Alhamdulillah..dah istiqamah untuk berubah dari bertutup biasa ke lebih sikit dari biasa.

Saya pernah cuba bersalin kulit dengan memakai handsock suami belikan. Masa tu saya di hospital menunggu bukaan cm dan suami tak happy bila tangan terdedah sikit sekitar pergelangan tangan. Dia belikan jenis elastic. Ya ampun...memang tak jalan.

saya bencikannya dan saya rasa gatal-gatal. Allah...kenapa la degil sangat saya ni ya?

Imran 7 bulan.
Saya ke GM Klang dengan officemate. Dia mencari tudung. mata saya ikut melilau dan ternampak handsock pelbagai fashion.

Saya mencari handsock yang simple, t-shirt based, dan panjangnya tak terlalu panjang.
Saya newbie.
saya jenis yang simple. cukup sekadar mencari yang simple je.

Berjumpa.
RM5 sepasang.

"ok boleh la ni"

Dan Alhamdulillah..saya rasa senang rupanya memakai handsock dan Dia terbitkan rasa secure saya bila saya memakai handsock. Seronok rupanya. saya selesa bila handsock itu x berenda dan  x elastic kainnya.

Bagi yang rasa leceh. cuba cari handsock jenis t-shirt kainnya dan pendek2 je.
Kitakan newbie.

Buat permulaan.

Semoga kita maintain dan terus istiqamah.



Pic from Stokin Silvy

You Might Also Like

0 mesej