Review : Kain Pasang, Kain Baju Melayu & Tudung

5/13/2016 04:15:00 PM

Entry saya pasal barang baby di GM Klang nampaknya dah hit 568 read
 
Ramai suka ke GM Klang ni rupanya haha
 
Dahsyat penangan GM ya?
 
Musim nak ke Ramadhan ni, banyak orang pompuan dah siap beratur listing membeli-belah, dengan kain pasang, kasut, tudung-tudung, tak masuk lagi segala benda kecik-kecik macam kerongsang dan sebagainya.
 
Banyak betul preparation orang perempuan hihi
 
Saya tak terkecuali juga cumanya saya prepare yang basic untuk bulan 5 ini. Saya  membeli kain pasang untuk sedondon dengan anak perempuan dan juga membeli kain baju melayu yang saya beli dari page Baju & Tudung Murah.
 
Alhamdulillah kain baju melayu sejuk dan lembut. Berbaloi beli.
 
Saya ada cerita untuk kain pasang. Saya tak nafikan saya down juga bila gambar kain pasang begitu cantik di Facebook tetapi bila sampai di tangan rupanya suram. Kualiti Alhamdulillah bagus, itu saya tak nafikan dan seller pun begitu baik. Cuma saya tak mampu tolak rasa terkilan kerana apa yang saya nampak warnanya lembut cantik sebiru lautan tetapi seperti warna pantai tercemar bila sampai ditangan.
 
Jauh betul bezanya
 
Entah jubah cantik ke tidak nanti bila selesai dijahit jiran rumah mak saya.
 
Seperti kita maklum, warna cukup memainkan peranan menentukan samada pakaian itu akan cantik menyerlah ataupun tidak.
 
Beralih ke cerita tudung, saya tak nafikan saya cerewet sebab saya bukan antara penggemar trend tudung masa kini, tudung lambakan trend sekarang pelik-pelik. Saya orangnya simple, cukup bertudung bawal tapi hajat di hati kali ni biarlah kelainan sedikit dari tahun-tahun lepas.
 
Puas membelek page di Facebook, saya teringin mencuba tudung instant double loop, nampak mudah dipakai. Sesuai untuk orang yang malas berpin-pin segala macam saya ni hehe
 
Lagipun saya tak mahu puteri kecil saya terluka kerana terkena pin saya yang pelbagai.
 
Antara berpuluh jenis warna, saya memilih warna krim mentega..gambar model yang menggayakan tudung itu cukup cantik dan warna tudung itu sendiri unik tak sepertimana kebiasaan yang saya lihat, menguatkan lagi keinginan saya untuk membeli.
 
Selesai urusan jual beli, saya menanti hari tudung itu sampai di tangan.
 
Sekali lagi saya tersilap.
 
Bukan warna krim mentega mustard yang saya dapat tetapi seperti warna pantai pasir yang puas dipijak-pijak orang.
 
Pengajaran yang terbesar juga buat saya. Trauma juga jika ternampak feed page seller itu di Facebook.
 
Seperti yang saya kata tadi warna memainkan peranan membuatkan pakaian cantik atau tidak.
 
Dan saya yakin penjual tudung ini tahu kerana itu dia 'mencantikkan' tudung dan di edit anggun demi menarik minat pembeli seperti saya yang akhirnya tertipu dengan mainan mata.
 
Dari mata jatuh ke hati. Sungguh la saya rugi.
 
 
 
Salam Kasih,
 

You Might Also Like

0 mesej