Cerita 36 Minggu

1/27/2016 11:15:00 AM

36 minggu
 
What to expect?
 
Saya dah genap 9 bulan, kerajinan saya membaca info kehamilan dari forum-forum makin bertambah.
 
Siap ke Playstore install apps seperti What to Expect dan Pregnancy Calculator
 
What to Expect
 
Apps ni bagi saya sangat bagus siap ade video complete dengan details for each week yang kita hadapi. Kira kalau nak tau ape yang berlaku pada tubuh kita dan baby, saya rekomen apps ni. Siap ade details zodiak baby lagi, si kecik ni Pisces ikut pada info yang diberi. 
 
Masa Zafar dulu, mana la ade apps macam ni. Kira dungu sangat masa tu, dan pembacaan pun limited pada Pa&Ma. Saya ingat lagi setiap kesalahan yang tak sepatutnya saya buat masa mengandungkan Zafar. Yer la anak pertama..you learn from mistake.
 
Antara mistake yang saya buat dulu adalah :-
 
- Pegi minum air selusuh terlalu awal
 
Akibatnya, sakit saya sangat la sengsara. Saya angkut botol tu ke hospital dan minum dan dan tu juga. Mana la tak sakit. Sebenarnya memang tak boleh langsung minum terlalu awal sebab nanti akan menambahkan sakit kita. Kalau nak minum, tunggu sehingga bukaan cm dah besar.
 
- Ke hospital terlalu awal
 
Ok, nama pun pengalaman pertama. Saya pun masa tu dah past term 42 weeks. False alarm (Braxton Hicks) saya ingatkan sebagai sakit contraction yang betul haha. Tapi masa ke hospital memang bukaan dah ade cuma 1 cm jer. Saya nak balik tapi pihak hospital tak kasi..pelik juga saya. Tapi saya ikutkan juga..sudahnya 5 hari saya tersadai di hospital. Merenung katil-katil yang saban hari berganti orang. Sedih haha. Masuk hari ke lima Doktor Pakar yang sedang melakukan tinjauan terkejut sebab saya dah past term..dia pecahkan air ketuban time tu gak. Bising juga nurse sebab bagi mereka saya macam tak sabar nak bersalin (erm...5 hari da tersadai di hospital??)
 
Selain apps, saya ikutkan juga komuniti forum di facebook. Yang terbaik saya rasa Info Ibu Hamil
Admin page ni akan posting ape jer soklan yang kita nak tanya dan dia hide profile kita. Caranya PM je Admin jika nak tanyakan soklan. Kalau rasa soklan yang kita nak tanya tu sangat ridiculous atau ntah pape kan pun takpe sebab dia automatik akan hide profile kita. Goods eh?
 
Latest checking yang like page ni total 70, 734 jadi jangan rasa annoyed kalau isu yang ibu-ibu tanya tu macam lebih kurang sama dengan sejam lepas atau berhari-hari sebelum tu sebab pengikutnya ramai.
 
Bila soklan kita tanya dapat komen-komen reply yang tak best dan berbunyi negatif pun jangan amik pusing. Masing-masing preggy jadi emosi tak bape stabil. Fikir positif. So far page ni bagus, kita akan rasa tak keseorangan selama mengandung bila ikut forum komunti FB ni.
 
Semalam check up 36 minggu, standard biasa klinik kesihatan akan scan kandungan kali ke tiga kalau tak silap la.
 
Alhamdulillah kali ni saya dapat doktor india yang rajin layan pertanyaan sebab masa 27 weeks hari tu, saya macam dihalang untuk bertanyakan soklan semasa scan oleh doktor yang lagi satu. Mungkin juga kerana kesibukan dia..patient memang sangat ramai dan setiap kali ke klinik kesihatan untuk check up, perkara yang saya titik beratkan ialah disebabkan dulu saya check up klinik desa, jumlah patient tak berapa ramai sangat. Itu masa mengandungkan Zafar 6 tahun lepas, kali ni saya ke klinik kesihatan yang jumlah patient adalah berganda-ganda banyaknya jadi we need a very good strategy untuk survive. Haha :)
Lagipun saya tak boleh ke klinik desa kerana kawasan tempat tinggal saya dijaga oleh klinik kesihatan ini, dulu klinik ini belum dibina lagi.
Selepas dua kali visit, saya dah dapat rentak kesibukan yang macam mana saya akan hadapi dan cara elak. Pertamanya, ada dua hari untuk check up ibu mengandung iaitu samada selasa ataupun rabu. Saya pilih selasa sebab hari rabu crowded. Keduanya, saya akan pilih appointment pukul 8 pagi dan bukannya selepas itu. Saya akan terpacak di klinik pukul 7.30 pagi dan kebiasaannya sejam sahaja proses check up dah pun settle. Jika perlu berjumpa doktor, timing akan bertukar dengan tambahan 30 minit ke sejam.
 
Hasil scan saya, so far so good. Berat baby 2.6 Kg, kepala dia dah ke bawah cuma belum engage lagi dan insyaAllah girl. Saya tak nak menaruh harapan yang lebih walaupun saya sememangnya ingin menghadiahkan Zafar adik perempuan. Mungkin sebab itu saya refuse untuk ke klinik swasta untuk scan 3D/4D, lagipun Zafar dulu sampai ke sudah asyik sembunyikan burung dia time scan. Setiap kali scan setiap kali tu la dia wat benda yang sama. Naik boring haha.
 
Sekarang ni saya kerap sakit seperti nak datang bulan. Masa Zafar dulu saya tak mengalami langsung sakit yg sikit-sikit macam ni, saya ade bertanyakan pada kawan rapat, kebetulan dia baru jer besalin baby girl bulan 12 hari tu dan dia bagitau sakit nak seakan nak datang bulan memang kerap terutama genap 36 minggu. Dan ade sekali tu susah nak tido disebabkan pinggang berdenyut-denyut sepanjang malam dan si kecik yang di dalam perut ayik berputar dengan lasak. Cemanapun saya tetap aktif di pejabat dan rumah. Memasak, balut buku-buku sekolah, menggosok baju kerja stok seminggu suami, saya dan Zafar, mengemas rumah, cuci pinggan termasuk juga mengemop hihi walaupun aktiviti mengemop ni tak digalakkan bagi ibu mengandung. nasib baik la suami rajin membasuh baju, menjemur atau hantar ke dobi untuk proses pengeringan kain dan juga rajin memasak sekali-sekala terutama sebelah pagi. Dia rajin masak nasi goreng untuk bekalan kami satu family hehe.
 
Alhamdulillah 18 Jan exam Uitm tamat, dapat la saya berehat sementara menunggu semester yang baru. Betul-betul good timing.
 
Semoga segala-galanya dipermudahkan.

You Might Also Like

0 mesej